|
Masa |
Program |
DUN |
Tempat |
Contact Person
|
|
0800 |
Sesi Bertemu Rakyat |
Permatang Pasir |
Pasar Awam Sama Gagah |
|
|
1324 |
Solat Jumaat dan disusuli dengan Tazkirah |
Seberang Jaya |
Masjid Jamek Seberang Jaya |
|
|
1635 |
Solat Asar |
|
|
|
|
1930 |
Solat Maghrib di susuli dengan Solat Hajat & Tazkirah |
Permatang Pasir |
Masjid Jamek Kubang Semang |
|
|
2000 |
Sesi Bertemu Rakyat |
Permatang Pasir |
Pasar Malam Kubang Semang, Parit Busuk |
|
|
2045 |
Jamuan Makan Malam bersama masyarakat Cina dan disertai oleh YAB MB Perak |
Seberang Jaya |
Kawasan lapang Tokong Cina Depan Sunway Hotel, Jalan Jelawat Seberang Jaya |
Low Chee Chong 019 222 8665
|
|
2130 |
Ceramah Umum Memerdekakan Rakyat |
Seberang Jaya |
Bilik Gerakan Seberang Jaya I, Lorong Siakap 12 |
Siti Hawa Salleh 019 448 3144
|
|
2230 |
Ceramah Umum Memerdekakan Rakyat |
Permatang Pasir |
Bilik Gerakan JDM 5, Kampong Pelet |
Rosli Mohd Noor 012 544 7924
|
|
2300 |
Ceramah Perdana Memerdekakan Rakyat |
Penanti |
Padang Bola Home Stay, Mengkuang Titi |
Johari Shariff 012 577 4796
|




Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pasar minggu Penanti dan Masjid Kubang Semang






Datuk Seri Anwar Ibrahim Melepaskan Belon Udara KeADILan





Alhamdulillah selesai solat maghrib hari ini di Masjid Batu Kampung Pertama, saya bersama makmum lainnya dapat menunaikan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T agar diberkati perjuangan menentang kezaliman ini serta dilindungi Allah dari bahaya fitnah. Solat hajat diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh dari Pondok Lanai Sik, Kedah.
Kemudiannya saya menghadiri program bersama masyarakat Tiong Hua dan India di Seberang Jaya. Saya tegaskan komitemen untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berasaskan perkauman; Malaysia untuk semua. Tuduhan fitnah yang mengatakan saya akan menggadai kepentingan kaum Melayu jika Pakatan Rakyat mengambil alih kelak jelas memperlihatkan sikap pemimpin UMNO yang sebenar yang hanya ingin kekal berkuasa sehingga sanggup melaga-lagakan umat Melayu dengan kaum-kaum lainnya.
Ingin saya tanyakan, adakah dengan merompak khazanah negara, kamu wahai pemimpin UMNO sekalian mempertahankan Melayu? Di mana kedudukan bahasa Melayu sekarang? Bagaimana pula kedudukan ekonomi orang Melayu sekarang? Jangan hanya beromong kosong! Kamu kaya raya dengan berbillion ringgit rakyat terus papa kedana dibebani harga minyak yang melambung.
Seperti rapat umum sebelumnya saya sentiasa tegas di dalam mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa mengenepikan bahasa Mandarin dan Tamil. Saya juga yakin dan komited untuk memperkasakan ekonomi demi orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan demi seluruh rakyat Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim 20 Ogos 2008
Keadilan buat Nurin
Semalam merupakan genap setahun Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dilaporkan hilang, sebelum ditemui meninggal dunia sebulan kemudiannya.
Sebagai seorang ayah, saya sangat memahami derita saudara Jazimin tatkala pesalah terus dibiar berkeliaran bebas mencari mangsa.
Saya akui, tidak ada siapa yang boleh menyembunyi amarah yang membuak di saat kezaliman terus dibiar terperosok tanpa sebarang pembelaan. Setahun kes ini dilaporkan, tidak ada sebarang perkembangan positif.
Berbeda dengan kes-kes berkait politik, laju pula resolusi pihak keselamatan! Mudah pula tertuduh ditahan, diheret melalui pendakwaan lompong. Apakah ini petanda keselamatan rakyat terus menjadi barang mainan, asal saja tidak mengacau tampuk kuasa politikus rakus?
Dari Permatang Pauh, saya mendoakan agar keadilan buat keluarga Nurin terus ditegakkan.
ANWAR IBRAHIM
Saya mengalu-alukan pendirian Dr Toh Kin Woon yang kini merupakan sahabat kepada Parti Keadilan Rakyat. Keyakinan beliau terhadap perjuangan kita sememangnya memperlihatkan adanya kemahuan yang kuat dari rakyat untuk melakukan perubahan.
Kita sentiasa konsisten dengan mesej dan agenda kita. Kita mahukan kemerdekaan dari kezaliman dan penindasan. Kita mahu rakyat bebas dari segala beban retorik ketuanan Melayu palsu! Sedangkan yang kaya hanya elit pemerintah dari UMNO! Bukannya keseluruhan rakyat, bukannya Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.
Kita telah meluncurkan Agenda Ekonomi Baru dan Mekanisme Penurunan Harga Minyak demi meringankan beban rakyat dan memacu kembali kemakmuran ekonomi negara. Kempen memerdekakan rakyat adalah kempen untuk memenangkan rakyat. Kempen yang tidak bergantung dengan pembunuhan karakter dan peribadi. Apa yang kita tawarkan semuanya demi kepentingan rakyat. Rakyat pasti menang!
ANWAR IBRAHIM
|
Masa |
Program |
DUN |
Tempat |
Contact Person
|
|
0800 |
Sesi Menemui Rakyat |
Permatang Pasir |
Pasar Awam Penanti |
|
|
0900 |
Sukaneka Hari Keluarga Khairiah Masjid Kubang Semang |
Permatang pasir |
Masjid Kubang Semang |
|
|
1324
|
Solat Zohor |
|
|
|
|
1636 |
Solat Asar |
|
|
|
|
1931 |
Solat Maghrib disusuli dengan Solat Hajat yang dipimpin Tuan Guru Hj Salleh Musa Pondok Sik. |
Permatang Pasir |
Masjid Batu Kg. Pertama |
|
|
2130 |
Ceramah Umum Memerdekakan Rakyat |
Penanti |
Kediaman Latif Hj Ahmad, 5752, Mk 9 Kg Tok Elong |
Johari Zakaria 017 434 1229 |
|
2230
|
Ceramah Umum Memerdekakan Rakyat |
Permatang Pasir |
Kediaman Asri Zakaria 1251, Mk.4 Permatang Janggus |
Idris Hussein 017 4096826
|
|
2300 |
Ceramah Perdana Memerdekakan Rakyat |
Seberang Jaya |
Padang Awam Sembilang Pantai |
Omar Abdullah 016 462 2484
|
Merdekakan Rakyat!
Itulah slogan yang akan kita laungkan dan itulah semangat yang akan kita dakapi, bukan dibataskan untuk kempen di Permatang Pauh semata-mata, bahkan buat mendasari kemahuan kepada perubahan.
Pagi tadi di Sunway Carnival saya bersama-sama pimpinan parti telah melancarkan tema kempen di Permatang Pauh: “Merdeka dari Penindasan dan Kezaliman”. Inilah saatnya kita merebut makna kemerdekaan agar ianya benar-benar memerdekakan rakyat dan negara ini dari minda terpasung dan ketidakmatangan yang ditempa sendiri.
Sudah 51 tahun kita merdeka akan tetapi negara kita yang tercinta ini maseh lagi terjajah. Penjajahan mutakhir ini bukannya datang dari kuasa kolonial akan tetapi dari dari pemerintah yang tidak meletakkan kepedulian atas nasib rakyat di tanah air sendiri.
Projek berbilion ringgit dicanang untuk mengaburi rakyat, kononnya atas nama pembangunan. Akan tetapi bila dikuak semboyan projek mega, di sebaliknya adalah korupsi dan kronisme. Penguasa hanya bernafsu untuk mengkayakan beberapa kerat kroni serta elit yang rapat sahaja. Rakyat dibiar papa kedana!
ANWAR IBRAHIM
|
Masa |
Program |
DUN |
Tempat |
Contact Person
|
|
0900
|
Sesi Bertemu Rakyat |
Penanti |
Pusat Perniagaan Pekan Penanti |
|
|
1324 |
Solat Zohor |
|
|
|
|
1637 |
Solat Asar |
Permatang Pasir |
Masjid Jamek Pengkalan Tambang |
|
|
1700 |
Penyampaian Sumbangan Untuk Ibu Tunggal ( 200 orang ) |
Permatang Pasir |
Kawasan Lapang Simpang Bukit Jelutong |
|
|
1931 |
Solat Maghrib
|
Seberang Jaya |
Masjid Jalan Bahru |
|
|
2000 |
Sesi Bertemu Rakyat |
Seberang Jaya |
Pasar Malam Tenggiri |
|
|
2100 |
Ceramah Umum |
Penanti |
Pasti Kubang Ulu |
Said Ismail 013 492 1499 |
|
2200 |
Ceramah Umum |
Permatang Pasir |
Kampong Sama Gagah |
Abu Bakar Ibrahim 013 402 2086
|
|
2300 |
Ceramah Perdana |
Seberang Jaya |
Markaz Kampong Pertama, Jalan Permatang Nibong |
Ishak Endut 012 461 4821 |
Muatturun Poster Kempen
Muatturun fail : Negara ini bukan negara UMNO
Muatturun fail : Merdeka dari penindasan
Muatturun Fail : Merdeka dari pengangguran
Muatturun Fail : Merdeka dari kesengsaraan hidup
Muatturun Fail : Pastikan keluar mengundi
Kenaikan mendadak harga minyak petrol dan inflasi sekaligus mengakibatkan kerencatan ekonomi. Pakatan Rakyat amat perihatin akan perkembangan sebegini yang mana rakyat lah yang akan merasa kesannya. Kita konsisten dan komited untuk meringankan beban rakyat dan memulihkan ekonomi negara, buktinya kita telahpun meluncurkan kepada umum Gagasan Agenda Ekonomi Baru, serta mekanisme penurunan harga minyak petrol. Lucunya ada yang mempertikaikan komitmen Pakatan Rakyat dan saya untuk memulihkan ekonomi negara serta membantu rakyat yang memerlukan, sama ada Melayu, Cina mahupun India.
Petang ini saya bersama-sama YAB Mohammad Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Perak dan YB Mujahid Yusuf Rawa mendengar dengan teliti rintihan wakil pekerja Kilang Elektronik Nikko. Usaha Kerajaan Perak untuk meringankan beban 400 pekerja disamping bantuan Kijang Care wajar dipuji serta dicontohi. Tindakan kilang tersebut membuang perkerjanya dengan notis 24 jam amatlah mengejutkan dan ternyata tidak bertanggungjawab. Saya menyeru agar tindakan dan langkah yang sewajarnya diambil.
ANWAR IBRAHIM
***Sidang Media harian di Yayasan Aman di tukar ke Sunway Carnival – di Majlis Pelancaran Merdeka Rakyat Jam 11.30 Pagi
|
Masa |
Program |
DUN |
Tempat |
Contact Person
|
|
0900
|
Sesi Bertemu Rakyat |
Permatang Pasir |
Pusat Perniagaan Taman Ciku |
Zolkifli Abd Hamid 019 562 1723 |
|
1325 |
Solat Zohor |
|
|
|
|
1638 |
Solat Asar |
|
|
|
|
1700 |
Majlis Bacaan Yasin |
Permatang Pasir |
Taman Seri Janggus-depan masjid batu |
|
|
1931 |
Solat Maghrib |
Penanti |
Masjid Tengah Berapit |
|
|
2000 |
Sesi Bertemu Rakyat
|
Penanti |
Pasar Malam Kampong Tok Elong |
Johari Zakaria 017 434 1229 |
|
2100 |
Ceramah Umum Memerdekakan Rakyat |
Penanti |
Tanah Lapang Kampong Tun Sardon |
Azhar Mat Taib 019 569 5878 |
|
2200 |
Ceramah Umum Memerdekakan Rakyat |
Permatang Pasir |
Permatang Tengah Hujong |
Mohd Idris Hussein 017 409 6826 |
|
2300 |
Ceramah Perdana Memerdekakan Rakyat |
Seberang Jaya |
Mini Stadium MPSP Permatang Rawa |
Abdul Jalil Che Ros 013 489 3227 |












