Artikel

29 April 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

Pilihanraya Umum ke 13 ini bakal menjadi satu detik yang sangat bersejarah. Pakatan Rakyat menjadikan perubahan sebagai teras pendekatan kami. Namun, kita sedar pendekatan Barisan Nasional (BN) adalah untuk menjadikan pilihanraya ini sebagai isu perkauman dan agama.

Pakatan Rakyat ingin menegaskan supaya UMNO dan BN jangan menakut-nakutkan pengundi dengan menggunakan isu bangsa dan agama untuk menimbulkan kecurigaan dan melaga-lagakan rakyat. Terutama, mempermainkan dan mengapi-apikan sentimen orang-orang Melayu sebagai kuda tunggangannya dalam meraih undi dan sering memaparkan Pakatan Rakyat sebagai musuh Islam dan bangsa Melayu.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat memberi komitmen sepenuhnya mendokong perlembagaan Malaysia. Kami berikrar dan beriltizam akan memelihara status Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan orang asal Sabah dan Sarawak, dan serta kedudukan institusi Raja-raja Melayu. Ini tidak pernah dipersoalkan dan tidak dipertikaikan oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat.

Oleh sebab Dato’ Seri Najib Razak tidak berani tampil ke depan untuk debat dengan saya mengenai Manifesto Pilihanraya Umum ke-13, maka kami ingin mencabar Barisan Nasional, khususnya UMNO, untuk menjawab beberapa persoalan mengenai nasib orang Melayu:

Pertama, kenapakah di sepanjang pemerintahan BN jumlah tanah rezab Melayu yang berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 telah menguncup kepada 1.7 juta hektar. Ke manakah pergi 1.3 juta hektar dan siapakah yang mendapat faedah dari penjualan tanah rezab Melayu? Bukankah BN yang cuba menjual tanah rezab Melayu Kampung Baru?

Kedua, kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP telah mengekalkan kuota Bumiputera untuk kontraktor kelas F. Nilai kontrak yang diperolehi kontaktor Bumiputera telah meningkatkan dua kali ganda. Peruntukan untuk hal-ehwal Islam di Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 2.5 kali ganda berbanding dengan ketika BN menguasai Pulau Pinang. Adakah ini dasar yang anti-Melayu dan anti-Islam? Prestasi Melayu di bawah kerajaan DAP lebih baik dari ketika Gerakan menguasai kerajaan Pulau Pinang. Di manakah suara UMNO ketika itu?

Ketiga, Dato’ Seri Najib sendiri dalam kenyataannya di Parlimen mengakui bahawa daripada saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia bernilai RM56 bilion yang telah diberi kepada Bumiputera, sebanyak RM52 bilion telah dijual kepada bangsa lain. Setahu kami, saham RM56 bilion tidak sampai kepada guru-guru sekolah, para nelayan dan penarik beca, kerani-kerani dan konstable polis. Berapa ramaikah menteri dan ketua-ketua bahagian UMNO yang telah menjadi jutawan melalui skim ini?

Keempat, kenapakah selepas 56 tahun Merdeka, orang Melayu masih merupakan bangsa yang termiskin? Jika benar, perjuangan UMNO ialah untuk membela orang Melayu, kenapa ramai pemimpin UMNO semakin kaya dan jurang di antara golongan miskin dan kaya semakin luas, terutama di kalangan orang Melayu? UMNO sedikit pun tidak memberi sumbangan kepada negara mahu pun meningkatkan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu yang termiskin. Namun, UMNO cuba menagih budi dengan meningatkan orang Melayu supaya bersyukur kepada UMNO, tetapi kebetulannya merendahkan maruah Melayu dengan serdak yang mereka perolehi.

Kami, selaku pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat, berikrar akan membebaskan rakyat dari belengu rasuah dengan langkah-langkah berikut:

  1. Mereformasikan urustadbir perkhidmatan awam supaya ia tidak menjadi instrumen eksploitasi kepimpinan politik. Ini akan dilakukan melalui proses yang telus, melalui pemisahan pembuatan dasar dari pelaksanaan supaya tidak wujud campur tangan politik dalam pelaksanaan dasar.
  2. Menjamin autonomi dan keberkecualian badan kehakiman, Pejabat Peguam Negara, PDRM dan SPRM supaya kesemuanya dapat bertindak tanpa pilih kasih atau perasaan takut. Kesemua badan ini perlu bertindak profesional dan tidak menjadi alat politik pemerintah.
  3. Menubuhkan sebuah Suruhanjaya untuk menyemak semula amalan kontrak runding terus yang berat sebelah dan amalan monopoli di ekonomi Malaysia yang membawa beban kepada rakyat.

Usaha membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu dan lain-lain komuniti yang terpinggir akan dipergiatkan lagi dengan program-program yang disasarkan untuk membina daya saing dan daya dikari seperti program mikrokredit. Dasar ekonomi yang berkesan dan berjaya ialah dasar yang dapat mengurangkan pergantungan kepada subsidi dan pemberian kebajikan. Dasar sebegini tidak akan merugikan masyarakat Melayu.

Orang Melayu yang miskin dan terpinggir tidak perlu bimbang akan perubahan yang kami bawa. Masa depan mereka lebih terjamin di bawah Pakatan Rakyat. Hanya orang Melayu yang menyalahguna kuasa dan terlibat dalam rasuah harus cemas dengan perubahan yang kami anjurkan.

 

ANWAR IBRAHIM

29 APRIL 2013

17 March 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

The Malaysian Insider

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam tindakan beberapa blogger pro-Umno yang meletak gambar kontroversi Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menambah perkara tersebut membuktikan mereka sudah tidak mempunyai modal untuk berpolitik.

Akhbar Sinar Harian melaporkan Nik Aziz juga mempertikaikan kesahihan gambar-gambar yang sudah tersebar luas di alam media sosial, memandangkan tiada bukti yang kukuh yang menyabitkan ketua pembangkang tersebut dengan amalan keji tersebut.

“Mereka belum puas ‘cincang’ Anwar.

“Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi,” katanya yang dipetik dalam akhbar berbahasa Melayu tersebut.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Anwar menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini.

Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang keatas pihak terbabit menyebarkannya.

“Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno… Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.

“Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan,” kata Anwar.

Pendedahan kontroversi oleh blogger pro-Umno tersebut merupakan yang kedua dituduh keatas Anwar selepas 21 Mac 2011 trio “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada wakil media di hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011.

27 February 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

15 February 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

GONG XI FA CAI

17 Februari 2013 Hari Ahad

One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

ATURCARA
10.00 AM Ketibaan Orang Awam

11.00 AM Ketibaan Tetamu Jemputan

Persembahan Nyanyian Lagu Tahun Baru Cina

11.30 AM Ketibaan dif-dif kehormat

Persembahan Tarian Kebudayaan Oleh MBPJ

Persembahan Harmonika

12.00 PM Ketibaan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim
Dato’ Menteri Besar Selangor.

Ketibaan Y.A.B Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim
Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

Persembahan Tarian Singa

12.15 PM Ucapan Y.B. Puan Elizabeth Wong
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan
Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Negeri Selangor

Ucapan Perasmian oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri
Abdul Khalid Bin Ibrahim
Dato’ Menteri Besar Selangor

Ucapan Oleh Y.A.B Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim
Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

1.00 PM Persembahan Drum –
“Hands Percussion Malaysia”

Persembahan Nyanyian Lagu Tahun Baru Cina

1:30 PM Pemberian Ang Pau oleh God of Prosperity

2.00 PM Tamat

9 February 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

It has come to our attention that on December 31, 2012, the Malaysian government forcibly expelled six Uighur Muslim asylum seekers back to China.

They were in our country seeking shelter from persecution in their home country and should have been accorded all due process as warranted by international law.

Since their cases were being reviewed by the asylum processing agencies, their sudden transfer without the cooperation of the United Nation High Commissioner for Refugees’ office in Kuala Lumpur is a clear violation of international law.

Malaysia is a sovereign nation and must act accordingly in its handling of such cases. Whatever may be the reasons, we condemn the inhumane and illegal repatriation of the asylum seekers. We reiterate that in dealing with refugees, humanitarian considerations must prevail over political expediency.

ANWAR IBRAHIM

30 January 2013

Pendapat

Pendapat Anda?



30 January 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

DSAI & DSWA

29 January 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

25 January 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Opposition leader Anwar Ibrahim criticised Prime Minister Najib Abdul Razak today for not immediately condemning the Bible-burning remarks from the ultra right-wing Malay rights group, Perkasa.

“We know their (Perkasa) role is outsourced by Umno to fan racist bigotry… we have not yet heard any tough response from the Umno leadership.

“Not even from the prime minister or the home minister. This is disturbing.

“Notwithstanding partisan politics, you have to draw the line,” Anwar (right) said at a press conference at the PKR headquarters today.

Anwar was referring to Perkasa chief Ibrahim Ali’s call for Malay language Bibles using the word ‘Allah’ to be burnt.

Ibrahim was called up by the police yesterday over his statement, but the Pasir Mas MP had said that his remark was not intended to offend Christians.

In another matter, when asked if Pakatan Rakyat will have their general election candidates vetted by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), Anwar said that it was akin to looking for trouble.

“They (MACC) did not investigate the Scorpene scandal, the cow (National Feedlot Corporation) scandal, or the 200-acre land scandal. Everyone had been left off the hook.

“And then later when they vet me, they will say that I am not cleared, and that more investigation is needed – that would be looking for trouble,” he said.

EU prepared to negotiate

Earlier, Anwar held another press conference with European Union ambassador Luc Vandebon (right in pic) after a briefing on the bloc’s free trade agreement negotiations with Malaysia.

Anwar noted the negotiations that began in 2010 had stalled due to the looming general election, and urged the government to stop procrastinating on the matter.

“What is being demanded (in the negotiation) in many areas is consistent with Pakatan Rakyat’s policy, such as the issues of procurement, transparency, and doing away with rent-seeking and supporting cronies like the Approved Permits (AP) system for various sectors.

“This seemingly insurmountable issue in the negotiations with the BN government is not a problem for us,” he said, but added that necessary steps should also be taken to protect the local industry.

Anwar also welcomed the EU representative’s statement that it was willing to work with any government that comes into power in the next general election.

“I am delighted to hear that the EU is ready to work with any democratically elected government, and that it plans to resume the negotiation process immediately after the GE,” he said.

Asked if the EU was prepared to negotiate should Pakatan win federal power, Luc replied: “Absolutely, we have said from the beginning that we want to continue; we work with Malaysia, Malaysia is our partner”.

He added that the negotiations were complex and the need for a longer time frame was to be expected.

10 January 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

PRESS STATEMENT

Kuala Lumpur, Malaysia – 10 January 2013

We are members of a Muslim American Election Observers Committee delegation to Malaysia on a fact-finding mission in advance of the upcoming 13th General Elections.

Over the past two days, we have met with the Election Commission (SPR) Secretariat, members of parliament, representatives from political parties and representatives of civil society organizations.

American Muslims are very interested in the growth, development and prosperity of Malaysia – as it is one of the most developed Muslim majority nations in the world. We feel a special bond with Malaysian Muslims because of their commitment to Islam and the potential for Malaysia to serve as a model throughout the Muslim world as a pluralistic society committed to democratic principles and the rule of law.

As democratic movements sweep across the Muslim world, we believe that Malaysia is in a position to set the standard. Our presence here is an effort to urge continued progress towards meeting international standards for free and fair elections.

(more…)

8 January 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

Harakah

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: “Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah” pada bulan januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah “Allah” adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah “Allah” tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Aallah” dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.” (Ali-imran:64)

6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
8 Januari 2013

4 January 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

We deplore in the strongest terms the latest act of sacrilege against Islam by the publication in France of a comic book on the life of the Prophet Muhammad which is clearly aimed at provoking Muslims and causing unrest. This must be strongly condemned by world leaders.

The portrayal of the image of the Prophet is forbidden in Islam let alone caricaturing him in any way. This is blasphemy and highly offensive to Muslims. A clear line must be drawn between freedom of expression and hate crimes. This is yet another instance of the rise of Islamophobia in France and other parts of Europe.

The French government must act swiftly to hold to account the culprits responsible for this latest act of profanity.

ANWAR IBRAHIM

Switch to our mobile site